TENTANG KAMI

Kristal Academy adalah sebuah entiti di bawah Kristal Group - sebuah kumpulan perniagaan yang terlibat dalam pelbagai sektor khususnya industri kreatif, pelancongan, perundingan, serta pendidikan dan latihan. Fokus utama kami adalah pembangunan modal insan dalam industri kreatif, keusahawanan, ekonomi digital, dan sektor-sektor masa depan.

VISI

Menjadi organisasi unggul dalam pembangunan modal insan bagi industri kreatif, mendorong pertumbuhan dan keunggulan dalam penciptaan, inovasi, dan pengetahuan

MISI

Menyediakan Latihan Berkualiti Tinggi

Kami berusaha untuk menyediakan program latihan yang relevan dan berkualiti tinggi dalam pelbagai disiplin industri kreatif, memastikan individu dan organisasi dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan mereka.

Memperluas Jaringan

Kami menyokong pembinaan rangkaian profesional yang luas dalam industri kreatif, mewujudkan peluang kolaborasi dan perkongsian pengetahuan yang memperkukuhkan komuniti kreatif secara keseluruhan.

Menggalak Inovasi

Kami memupuk budaya inovasi dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang merangsang kreativiti, memberi dorongan kepada individu untuk meneroka dan mengembangkan idea-idea baru yang memacu pertumbuhan industri.

Menyokong Pembangunan Kerjaya

Kami berkomitmen untuk membantu individu dalam membangunkan kerjaya mereka dalam industri kreatif, menyediakan sokongan dan bimbingan untuk mencapai matlamat peribadi dan profesional mereka.

Ts Azharul Azmir Kamarulzaman

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KRISTAL ACADEMY

Beliau ini merupakan Pengarah Pengasas bagi Pusat Kajian & Apresiasi Filem (PKAF), sebuah organisasi yang menjalankan usaha penyelidikan & menyemai apresiasi filem & sinema dalam masyarakat. Dalam bidang penerbitan kandungan kreatif, beliau adalah Pengarah Urusan/ Penerbit bagi syarikat produksi Kristal Azmir Sdn Bhd. Beliau juga merupakan ahli Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia (Profima) & Persatuan Dokumentari Malaysia (MyDocs). Belia juga merupakan Ahli Bertauliah Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG) bagi kategori Penulis Skrip & Penerbit.

Bekas Penerbit di Jabatan Dokumentari & Majalah, TV Alhijrah ini merupakan seorang Teknologis Profesional (PTech/ Ts) dalam sektor Multimedia Kreatif yang dianugerahkan oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Aktif sebagai panel penilai dan pentauliahan dalam bidang pendidikan dan latihan – tidak kira dalam jalur akademik mahupun kemahiran serta TVET.

Dalam bidang akademik, dilantik sebagai Ahli Panel Penilai (APP) Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi mentauliah institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menawarkan program pengajian berkaitan kandungan kreatif. Selain itu, juga merupakan Panel Penilai Majlis Akreditasi Teknologi & Teknikal (TTAC) Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi tujuan akreditasi IPT yang ditauliahkan bagi menjalankan program dibawah akreditasi MBOT.

Beliau disenaraikan sebagai Pakar Industri oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia serta ditauliah sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia bagi sub-sektor Multimedia & Pengeluaran Filem/ TV Antarabangsa. Beliau juga adalah Pegawai Penilai PPT dan Pegawai Pengesah Luaran bagi Persijilan Kemahiran Malaysia.

Berpengalaman sebagai Penasihat Akademik Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi sektor kandungan kreatif, serta Penasihat Kurikulum Diploma Teknologi Kreatif Digital bagi Politeknik Malaysia.

Turut berpengalaman dilantik sebagai Penasihat Industri MEATECH College iaitu pusat pengajian swasta yang menawarkan kursus berkaitan perfileman, serta Panel Kandungan bagi sayap berpengalaman pelaburan bagi UiTM Holdings Sdn Bhd (Syarikat milik penuh UiTM) dalam bidang industri kreatif, selain dilantik oleh Universiti Utara Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Mentor Industri bagi program Utara Creativeprenuer Incubator (UCI).

Beliau juga merupakan penerima Zamalah Kursi P. Ramlee di Pusat Penyelidikan, Kecemerlangan & Kesarjanaan Artistik (CARES) di ASWARA. Beliau juga pernah menjadi kurator jemputan di twt_filem, iaitu sebuah medan komuniti secara dalam talian sebagai platform membicarakan tentang filem & sinema.

Semasa pengajian, graduan perfileman dan pengurusan industri kreatif ini pernah dianugerahkan sebagai Siswazah Terbaik Jabatan pada majlis Istiadat Konvokesyen UiTM ke-65 serta merupakan penerima Anugerah Mahasiswa Harapan pada Majlis Kecemerlangan Akademik di UiTM pada 2008. Ketika pengajian peringkat sarjana di UiTM, beliau dianugerahkan Anugerah Sarjana Cemerlang (Excellent Candidate Award (ASC).

Aktif dalam kerja-kerja penyelidikan dan penulisan berkenaan industri kreatif untuk pelbagai organisasi dan pihak media. Antara penyelidikan yang telah dijalankan oleh beliau adalah berhubung keberkesanan dasar, perundangan dan gerak kerja pentadbiran industri perfileman di Malaysia. Penulisan beliau juga boleh dibaca dalam beberapa penerbitan tanah air seperti Dewan Ekonomi, Sinema Malaysia serta di web peribadi, Sinema & Industri (www.azharulazmir.com). Turut pernah menulis mengenai industri kandungan kreatif untuk Astro Awani digital.

Kini merupakan Kolumnis di portal DagangNews.com dengan kolum mingguan bernama Industri Kreatif.

Dalam industri kreatif, filem pertama terbitan beliau – Prebet Sapu - tercalon dan bertanding di beberapa festival antarabangsa seperti di Jogja NETPAC Asian Film Festival dan Far East Film Festival di Udine, Itali – serta terpilih bagi mewakili Malaysia sebagai Official Submission ke anugerah Academy Award (Oscars) di Los Angeles pada tahun 2021.

 

Lokasi Kami

KRISTAL ACADEMY

No. 8-1, Jalan Niaga Bestari 5,
Puncak Bestari,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

PEJABAT KORPORAT

Kristal Group
Unit 23016, Spaces Exchange 106, Level 23,
Menara Exchange 106, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur, Malaysia.

pejabat operasi

No. 18-2, Jalan Pulau Lumut Q U10/Q,
Seksyen U10, Alam Budiman,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Hubungi Kami

Ada sebarang persoalan? Kami ingin mendengar daripada anda.

kristalacademy07@gmail.com

603-7832 3944

Isnin - Jumaat: 9 AM - 5 PM